PEARL WHITE JAMU JELITA RM30


Diformulasikan dengan kolagen yang telah dihidrolisiskan, ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C.
Shaker disertakan bersama.


KHASIAT PEARL WHITE JAMU JELITA

Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
Mencerahkan kulit wajah
Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
Menyihatkan lagi kulit wajah
Menghaluskan kulit wajah
Menyegarkan kulit
Melindungi kulit dari sinaran ultraungu

KANDUNGAN PEARL WHITE JAMU JELITA

Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.

Glutawhite:
 Sejenis asid amino yang juga dipanggil Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak, menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.


Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.

Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.

3X Stem-Cell: Stem Cell adalah sel induk yang berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.

Acerola Cherry: Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.

Pinebark: Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di samping melembap dan meremajakan kulit wajah.

Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.

Astaxanthin: Bahan ini berperanan untuk merawat kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.

Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.

Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.

Rose Alps: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar. 



CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE JAMU JELITA

Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
Goncang shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Simpan di tempat yang kering.