JUS HIDAYAH SERAI MAS


HARGA RM20.00 SAHAJA 


Jus Hidayah sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental di samping membantu memulihkan pelbagai jenis penyakit yang menjejaskan kesihatan. Ia sesuai untuk diamalkan seisi keluarga bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optima.
Gabungan ramuan semulajadi yang bermutu tinggi seperti madu, kismis, delima, kurma, buah tin, Goji dan Za’faran merupakan rumusan terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan.
Jus Hidayah turut sesuai untuk ibu hamil bagi memelihara kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan, di samping membantu menjana perkembangan minda para pelajar, kanak-kanak dan bayi dalam kandungan.
Kandungan: 270ML
KHASIAT JUS HIDAYAH SERAI MAS
Membantu meningkatkan tahap kesihatan
Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh
Memelihara kesihatan luaran dan dalaman
Mencergas dan mencerdaskan minda
Meningkatkan tahap metabolisme
Menggalakkan proses pemulihan luka
Membantu mengurangkan tahap kolestrol dan kadar gula dalam darah
Memelihara jantung
Menstabilkan tekanan darah
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh seterusnya menggalakkan fungsi organ
Menguatkan daya ketahanan tubuh seterusnya membantu menentang serangan penyakit
Mencegah daripada penyakit seperti radang, gout, alahan dan masalah sendi
Mengatasi masalah senggugut dan keputihan bagi wanita
Meredakan resdung, selsema, migrain dan kelesuan tubuh badan
Melambatkan proses penuaan
Sesuai untuk seisi keluarga serta ibu hamil dan bayi di dalam kandungan


KANDUNGAN JUS HIDAYAH SERAI MAS

Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 serta tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah, memelihara kecantikan kulit di samping meningkatkan keupayaan mental.

Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkapenghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot serta melegakan masalah sindrom pra haid bagi kaum wanita.

Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan, di samping memelihara kesihatan jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Stevia: Stevia merupakan pokok renek yang berasal dari kawasan barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Oleh kerana daunnya yang manis serta bebas karbohidrat dan gula, stevia sering digunakan sebagai pemanis dan sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kandungan kalori dalam pengambilan diet. Antara khasiat yang diperoleh daripada stevia yang bersifat antibakteria ini adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah, selain membantu pembentukan kalsium dan meningkatkan fungsi pencernaan.

Dextrose: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh dan mencegah proses penuaan kulit.

Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.

CARA PENGAMBILAN JUS HIDAYAH SERAI MAS

  • Dewasa: Ambil 1-2 sudu setiap pagi dan malam.
  • Kanak-kanak: Ambil 1 sudu setiap pagi dan malam.
  • Sebaik-baiknya didahulukan dengan bacaan selawat (3 kali), surah Al-Fatihah dan niat.