JUS NUSANTARA ALMAS





HARGA PROMOSI  RM115.00 SAHAJA


Jus Nusantara diperkaya dengan rumusan bahan botani yang menyimpan 1001 khasiat bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit kronik yang menjejaskan tahap kesihatan.

Kandungan: 500 ml

Ia juga sarat dengan kebaikan dari sumber makanan Sunnah seperti madu, kurma dan Habbatus Sauda yang sesuai diamalkan sebagai makanan tambahan bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit serta meningkatkan tahap kecergasan sepanjang hari.
Selain dapat memulihkan luka luaran dan dalaman akibat kecederaan mahupun pembedahan, Jus Nusantara juga berupaya membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, buasir, gout, penyakit sendi serta masalah lemah tenaga batin bagi para suami dan isteri.
Di samping itu juga, kandungan yang menjadi intipati produk ini juga baik untuk kesihatan dalaman wanita di mana ia mampu mengatasi masalah keputihan, menstabilkan kandungan hormon estrogen, menguatkan otot rahim, meredakan simptom-simptom menopaus serta menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan dari dalam.


KHASIAT JUS NUSANTARA ALMAS

  • Membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan
  • Meningkatkan tahap tenaga jasmani
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Meredakan kekejangan otot
  • Mengatasi masalah kelesuan
  • Memulihkan luka luaran dan dalaman
  • Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit
  • Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
  • Baik untuk merawat masalah dalaman kaum wanita

KANDUNGAN JUS NUSANTARA ALMAS


Delima: 
Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut bertindak sebagai anti-penuaan serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.

Madu: 
Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Kurma:
 Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkanpenghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Habbatus Sauda: 
Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Temulawak: 
Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.

Halia Bara: 
Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat wanita selepas bersalin. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman, membuang angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.

Cekur: 
Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.

Kunyit: 
Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia kaya dengan khasiat yang mampu memelihara kesihatan jasmani. Ia mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.

Halba: 
Halba yang turut dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan kadar kolestrol LDL yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi sel kanser payudara dan leukemia di samping meningkatkan bekalan susu ibu. Selain itu, halba turut membantu membuang angin dalam badan, melancarkan kitaran haid, mengatasi senggugut, serta meningkatkan kandungan air mani dan tenaga batin.

Bunga Cengkih: 
Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.

Kulit Kayu Manis: 
Kulit kayu manis kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.

Lada Hitam: 
Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.


CARA PENGAMBILAN JUS NUSANTARA ALMAS

  • Goncang botol sebelum minum.
  • Mulakan dengan bacaan bismillah, 3 kali selawat, doa dan niat.
  • Ambil 20 ml sebanyak 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.