MINYAK MORHABSHI



MINYAK MORHABSHI



Harga Borong Pek Kecil Baru (30ML)
 Harga Borong Pek Kecil Baru (30ML)

KEGUNAAN:

histeria
dirasuk syaitan
sihir (buatan orang)
santau
bayi 'diganggu'
bayi 'kembung'
sawan tangis
pusat bayi (agar mudah tanggal)
batuk
lelah/asma
sakit gigi
senak
cirit birit
kanser (luar)
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)





3 botol = RM30

12 botol = RM100

50 botol = RM350

100 botol = RM600

200 botol = RM1000




FREE POS SEMENANJUNG
Cara penggunaan:

Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 2-3 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum.

Minyak Morhabshi tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam Minyak Morhabshi dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. Saya telah mencubanya 3 tahun lalu dan hingga sekarang tidak pernah mengalami sakit itu lagi.

Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda.
Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah.


Tambahan:
Untuk lelaki, sila sapukan pada alat kelamin dari pangkal ke hujung dengan cara mengurutnya perlahan-lahan. Elakkan minyak daripada memasuki lubang kencing anda. Boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi bukan untuk berjimak (bersetubuh). Pastikan anda mencuci hingga bersih sebelum bersama isteri. Ramuan herba ini bertindak melancarkan perjalanan darah seterusnya membantu zakar anda sihat dan hebat.
Demikianlah pengalaman yang dikongsikan oleh beberapa orang rakan yang telah mencubanya.
Alhamdulillah.




Apabila orang ramai membaca testimonial yang kami titip; barangkali ramai yang bertanya: “benarkah?”

Saya tidak terkejut jika anda juga salah seorang daripada mereka.

Sebenarnya bukan hanya anda. Malah ahli keluarga rapat kami juga pada mulanya kurang percaya dengan testimonial keampuhan Minyak Morhashi. Bahkan saya sendiri kadangkala serba salah untuk berkongsi pengakuan beberapa pesakit atau ahli keluarga mereka tentang kemujaraban produk warisan ini.



Barah hati kronik, stroke, lumpuh hampir 2 tahun, sakit mata hampir 2 tahun, sakit gigi hingga habis beratus ringgit, histeria, kena sihir hingga bercerai berai, kena sengat mempesan, digigit cicak tokek, bayi menangis setiap maghrib hingga ke pagi, dan banyak lagi kes yang aneh-aneh pernah disampaikan kepada saya samada melalui sms, telefon, email, atau diceritakan secara bersemuka.



Sebagai contoh, puan Hasnah daripada Holland sudah 3 kali datang ke Malaysia dan menemui kami di Melaka setelah membeli melalui internet. Begitu juga seorang pengguna dari Perak yang berusaha untuk berjumpa ibu saya setelah matanya sembuh.



Bagi kita yang beragama Islam, kita beriman bahawa itu semua kehendak Allah Taala. Allah Taala yang menentukan Minyak Morhabshi dapat memberi kesembuhan. Minyak Morhabshi hanya alat sebagaimana pisau yang ditakdirkan mampu memotong sesuatu.



Di sebalik kehebatan Minyak Morhabshi, bukanlah niat kami sebagai pengeluar untuk mengambil alih semua kaedah perubatan sedia ada. Membeli, memiliki, dan menggunakan Minyak Morhabshi bukan bermakna kita tidak perlu lagi ke hospital atau klinik atau memutuskan hubungan dengan produk kesihatan lain.



Bagi saya Minyak Morhabshi adalah seperti kit kecemasan yang membantu di kala kecemasan.

Bayangkan jika anda diserang sakit gigi di tengah malam atau perut memulas di dalam sebuah bas yang sedang melalui lebuhraya. Buka beg tangan anda dan keluarkan sebotol Minyak Morhabshi. Insya-Allah ia akan membantu anda. Menariknya, ia bukan untuk sementara malah memberi kesembuhan kekal.

Contohnya, saya sendiri pernah diserang sakit gigi pada suatu tengah malam 6 tahun yang lalu. Saya basahkan secebis tisu dengan Minyak Morhabshi dan masukkan ke gigi yang berlubang. Tidak sampai 10 minit, sakit pun hilang dan tidak pernah berulang lagi sehingga ke hari ini. Padahal sebelum itu saya sudah menghabiskan lebih RM200 untuk rawatan akar yang tak menjadi!

Justeru kami mengesyorkan setiap keluarga sentiasa menyimpan Minyak Morhabshi supaya boleh digunakan di waktu kecemasan.

Anda mungkin juga meminati:



Dropship: konsep perniagaan internet terkini

dari kambing gurun ke minyak gamat dan kini Minyak Morhabshi LinkWithin

Dicatat oleh Cheguman pada 4:43 PM 0 Ulasan anda pautkan artikel ini

Respon anda



Sunday, November 13, 2011cara guna morhabshi dengan lebih berkesan

Saya sering mendapat panggilan, sms, mahupun secara bersemuka bertanyakan cara menggunakan Minyak Morhabshi dengan lebih berkesan.



Berdasarkan pengalaman sendiri, keluarga, dan pelanggan lama, berikut adalah cara paling berkesan apabila menggunakan minyak Morhabshi.



Sakit gigi/gusi:

Celup minyak morhabshi menggunakan kapas atau tisu, lekapkan terus pada gigi atau gusi. Boleh lakukan berulang kali dalam sehari.



Sakit kepala:

Sapu pada kulit kepala.



Buasir:

Sapu terus pada dubur.


Batuk dan sakit tekak:

Telan terus tanpa dicampur dengan air. Biar sampai melekat pada tekak. Jangan bimbang jika 'terlebih' sebab semua bahan memang boleh dimakan. Jika menggunakan botol yang baru kami keluarkan, lebih mudah.


Sekian dulu. Saya akan sambung lagi untuk penyakit lain nanti.