PROMOSI CUKA EPAL GULSAN RM15 SMPENA BIRTHDAY OWNER..

PROMOSI CUKA EPAL GULSAN RM15 SMPENA BIRTHDAY OWNER..



Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.
Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.
Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).



Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:

Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.”
(HR Muslim)

Walaubagaimanapun, kos untuk memiliki cuka epal yang lebih tinggi daripada cuka buatan menyebabkan cuka epal jarang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 

Tetapi tahukah anda? Cuka epal boleh diminum begitu sahaja dan menjadi penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Antaranya: 

  • Mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea
  • Mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia;
  • Mencegah kerosakan gigi;
  • Membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar;
  • Meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman;
  • Menyembuhkan keracunan;
  • Membantu mencernakan makanan;
  • Menghilangkan haus;
  • Melancarkan peredaran darah;
  • Mengubati penyakit limpa;
  • Mengubati penyakit kuning.
  • Selain itu, berfungsi sebagai pembersih/pencuci untuk usus.

Juga boleh digunakan untuk berkumur membersihkan mulut dan tekak dari segala kuman dan bakteria.